Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: blok 23
mami

Date:
blok 23
Permalink Closed


Hai semua,


Hari ni mami nak citer skit pasal blok 23..yang sememangnya berpuaka. Waktu tu mami masih lagi di sekolah menengah. Belajar di tingkatan 3. Sedang ranummmmmmmm.


Satu hari tu kan, mami ngan kengkawan adakan kelas tambahan sebelah malam. Maklum le tak lama lagi nak peksa. Sedang asyik kita orang berbincang tu tetiba ada sorang kawan tu nak ke tandas. Nak buang le.... Mami dengan rela hati tolong le kawan ni, just temankan...kesian...ni waktu dia. Apa lagi kita orang berduapun berlenggang kangkung le pergi ke destinasi yang di tuju. Sambil tu terkekeh kekeh ketawa dengan lawak yang tak habis-habis oleh kawan mami ni. Dia ni memang suka bergurau. Tetiba terdengar seperti benda jatuh di sebalik dinding yang memisahkan antara tandas dan koridor sekolah tu. Apa yang ada dalam fikiran mami dan kawan mami ni tak lain..mesti ni kerja bebudak lelaki yang selalu dengki pada bebudak pompuan. Langsung tak terfikir pada benda-benda lain. Mamipun teruskan perjalanan. Sampai di tandas terus le menuju untuk melepaskan hajat. Semasa buang hajat tu, mami terasa seperti ada seseorang di luar sedang membuka paip. Memang jelas terdengar air paip yang dibuka. Mami memanggil nama kawan mami dan diapun menyahut. Kami keluar serentak..ingatkan mesti ada sorang lagi kawan lain yang datang seorang diri kerana kami waktu itu memang ada di tandas. Apalah yang nak ditakutkan. Bila kami keluar memang ada seseorang sedang berdiri di singki sambil membasuh tangan. Kamipun dengan selamba menegurnya. Memang kenal rapatpun. Tetapi setelah ditegur, dia senyap saja. Lepas tu mami nampak dia masuk ke salah satu tandas..


"Dah tak larat nak jawab le tu", kata mami kepada kawan mami yang sesama datang tadi..Kami terus ketawa.. Lama juga kami menunggu kawan tadi tapi dia tak kuar-kuarpun. Mamipun mengajak kawan yang datang tadi balik ke kelas.


Tiba di pertenghan jalan menuju ke kelas, tetiba terasa pula seperti angin bertiup dan seperti ada seseorang yang mengikut dari belakang. Mami yang ada sikit-sikit perasaan berani ni terus menoleh..ingatkan mesti kawan tadi tapi tak ada kelihatan apa-apapun. Mami terus menarik tangan kawan yang bersama mami tadi tapi terasa tangannya begitu sejuk dan kaku. Mami terus berkata " Hei, kenapa tangan ko ni sejuk aaa?" Dia terus membisu sedangkan tadi rancak bukan main berbual dengan mami. Bila saja mami menoleh kepada kawan mami tadi.. apa lagi berderau le darah mami ketika itu.. apa taknya..tetiba saja muka kawan mami yang manis tu terus bertukar jadi pucat lesi tak berdarah..... kemudian terlihat dia seakan terbang dan menghilang di sebalik blok. Oh!!!! itu sajalah perkataan yang keluar dari mulut mami. Bila tersedar, mami telahpun berada di rumah..dikerumuni oleh teman-teman sambil mereka tak putus-putus bertanya apa yang telah terjadi. Demam lagi...............


 



__________________


Status: Offline
Posts: 4
Date:
Permalink Closed

kesian mami....demam yee..nak panadol ker? saya ade banyak ni,satu biji singgit...

__________________
cool
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard