Cerita ni berlaku pada 1998 masa aku study kat UITM "dot dot". Asrama UITM yang aku lepak tu dekat dengan hutan. Nak dijadikan cerita masa seminggu aku lepak kat asrama tu memang tak ada cerita yang menakutkan. Takde pulak aku dengar orang mati ke atau apa2 anasir jahat yang melanda asrama tu. Ceritanya cam ni.....
Lebih kurang kul 12 t/malam, aku study sensorang dalam bilik. Member aku yang bernama Mat tu tido ngan nyenyaknya kat katil bawah. Dia baru je tido 30 minit yang lalu. Mengeruhnya bukan main. Bengang jugak aku sebab tak dapat konsentret study...disebabkan itu aku layan melukis katun. AKu lukis 'blues untuk aku', bila boring aku layan plak lukis ayam atau kambing hinggalah aku lukis apa sahaja yang terlintas di kapla otak aku ni. Tetiba aku rasa nak melukis sesuatu pulak pada waktu malam cam ni... Yerr.. aku nak lukis gambar hantu. Hantu yang ganas lagi menakutkan..walau jam dah pukul 12,aku tetap jugak nak lukis..selamba ja ah. Aku pun lukis. Mood aku baik dan lukisan aku dilukis dalam keadaan baik. Aku cuba lukis hantu botak yang terbaring. Untuk mendapatkan model terbaring aku pun usha la member aku tu tido. Aku tiru cara member aku tu tido. Hantu yang aku lukis tu botak, matanya bercahaya, raut muka macam mayat manusia ternganga. Tido dengan gaya mengiring,kepalanya atas tangan kiri dan tangan kana terlunjur ke depan. Aku cuba lukis supaya hantu tu nampak macam orang mati..bukannya orang tido.
Lukisan aku nak hampir siap, cuma aku nak skect shadow je pada badan hantu tu. Tetiba member aku yang bernama Mat tu mengigau. Memang selalu dia mengigau. Aku tak kisah, tapi ngigaunya lain macam. Dia menjerit tapi tak kuat, dia meronta2 tapi tak la kuat sangat rontaanya. Yang nyata rontaannya itu mengubah posisi gaya tidurnya yang aku tiru tu. Aku sesak tengok dia. dia meronta lagi. Sekejap pusing sana, sekejap pusing sini. lebih kurang 7 8 kali dia berpusing-pusing dia berhenti.. Yang anehnya masa dia berenti tu dia kembali ke posisi gaya tidur yang memula tadi. Gaya tidur yang aku tiru untuk melukis hantu tu.
Keadaan menjadi normal. Tapi aku tak sedap hati Aku nak gerak si Mat tu bangun. Suh dia basuh kaki. Masa aku nak bangun gerakkan Mat, kaki aku tersepak kaki kerusi dan tersadung jatuh ke lantai. Aku terjatuh dalam keadaan meniarap dan kepala terhantuk sedikit ke lantai. Berpinor jugakla. Aku pusing badan aku, aku baring dalam keadaan badan aku menghadap ke lampu di siling. Sambil baring nak hilangkan pening di kepala aku. Ada la lebih kurang seminit aku baring. Aku tutup mata. Bila dah OK aku nak bangun gerakkan si Mat. Masa aku mengiring nak bangun tu aku pusingkan badan aku ke arah katil Mat dan secara tak langsung aku terpandang bawah katil Mat. MASYAALLAH.......
Bawah katil tu gelap. Samar-samar kelihatan macam ada lembaga terbaring memandang ke arah aku. Aku menjerit, dalam masa yang sama aku terpandang Mat, dia tidur sebijik gaya lembaga tu baring. Sesak napas aku. Aku ada dua pilihan..gerakkan Mat atau aku pengsan. Akhirnya aku pilih pengsan kerana darah aku yang berderau macam nak mampus tu.
Aku terjaga dan jam menunjukkan pukul 4. Masa aku bukak mata secara otomatik mata aku terpandang ke arah katil Mat dan bawah katilnya. Tidak ada apa yang aku nampak tetapi Mat tidur ngan lenanya sambil berkeruh. Aku keluar bilik dan lepak kat bilik member aku...
Mat tak tau sampai hari ni. AKu sentiasa mengingati wajah lembaga tersebut. Kerana lembaga tersebut sebijik macam hantu yang aku lukiskan..
aku ngaku..citer ni ader kebenaran nyer..coz aku dulu pon pena ngar pasal menda ni ..but aku caya penulis ni telah mengalami apa yang aku pena ngar suatu masa dulu semasa aku blaja kat pusat latihan vokasional pertanian ladah datu sabah....wallahuallam...azaralai143
pergh.. cite lu mmg gerek giler...seram gua bace...tapi lain kali gua rase lu kene lukih antu cun2 sket, mane tau bile dah jatuh katil, ade FAEDAH nyer...hehehe....
citer ni memang seram gila, aku baca nak terkencing pun takut, ko memang pandai citer aaaa......ko ada tak citer toyol pakai seluar dalam? citer tu best ooooo
Nie aku ada satu citer nak kongsi dengan ko. dulu aku pun sekolah kat sekolah asrama macam ko gak. ms first time duk kat asrama aku dah kene kaco selama tiga hari berturut2. ms tu aku dok tido katil atas. ms tgh tido aku rs mcm ada orang gegar katil aku. mulanya aku ingat member bawah aku tido lasak sangat. tp makin lama makin makin kuat pulak gegar katil aku. aku dah rasa lain macam. badan aku pulak menggigil2.berpeluh -peluh.aku bacalah apa yang patut dalam hati aku mohon pada Allah agar aku dlindungi. hampir 5 minit aku still macam 2. aku terus beranikan diri nak tengok apa yang ganggu aku ni. biler aku bukak mata je.....he.......................................................... ''DAH BANGUN DAH"........... Masa tue tuhan aje yang tahu apa yg aku lihat. ada lembaga putih sebesar budak kecil sedang merenung dan tersengih kat aku kat hujung katil. benda tu tengah bergayut sambil goyang2kan katil aku. mukernye pucat , putih. lepas tue kan matanya putih terus langsung takde mata hitam langsung.giginya pulak macam ada darah...ei....seram aku nak membayangkan lg.aku cube nak menjerit ,tapi tak boleh kuar suara pun.last2,dengan sendirinya aku terus tidur dalam keadaan ketakutan dan menggigil.bangun pagi je baju aku basah dan tak pasal-pasal badan aku bau masam tahap tungkek.mengucap panjang aku...... Hari kedua aku still lagi takut tp tak seperti semalam . kali ni aku beranikan diri dan tak ingin nak bukak mata lagi.last2 aku tidur sendiri. Masuk hari ketiga pulak macam biasa dia kacau aku lg. tp kali ni aku dah jadi lebih berani.aku cakap slow2 (sambil tutup mata), "AKU TAK KACO KO , JADI KO JANGAN KACO AKU PULAK".... lepas tue aku tidola membiarkannya goyangkan katil aku. Malam besoknya, ALHAMDULILLAH, aku dah tak diusik lagi. sampai sekarang kalau aku rs lain macam aku bisik sikit yg aku tak kaco diorg , jd jgn kaco aku. lepas tue mohonlah kt perlindungan daripada Allah s.w.t.... abissssss...............