Razak baru saja selesai menyiapkam paper work untuk satu tugasan yang penting pada keesokan harinya. Dia tidak sedar yang jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Lekas-lekas dia menyusun kembali fail-fail yang berterabur di atas meja. Sebenarnya dia berada di tingkat 13 bangunan menara. Suasana sungguh sunyi dan sejuk. Razak terasa agak seram ketika melalui bilik-bilik yang gelap disekelilingnya. Langkahnya dipercepatkan untuk sampai ke lif. Peluh dingin memercik di dahi. Dia teringatkan cerita-cerita seram yang pernah didengar dari teman-temannya. Mengikut cerita yang didengarnya, seorang staff yang berkerja lewat malam telah dimasukkan ke hospital selama seminggu kerana terkejut. Mengikut cerita itu lagi, lif yang dinaiki staff itu telah tiba-tiba berhenti di tingkat 4, padahal tiada sesiapa lagi yang berada di situ kerana setahunya tiada staff lain yang bertugas pada waktu itu. Kemudian seorang perempuan masuk dan apabila pintu lif tertutup, tiba-tiba lampu lif terpadam diikuti dengan bau yang sangat busuk. Bila lampu lif terbuka, dilihatnya perempuan tadi menyeringai dengan wajah yang hodoh dan taring yang panjang sedang mengilai-ngilai. Serta merta staff itu pengsan disitu dan dijumpai pada pagi esoknya oleh tukang sapu. Razak cepat-cepat menekan butang lif. Dia tidak mahu berada lama disitu. Pintu lif terbuka, dengan segera dia masuk dan menutup pintu lif. Kedinginan membuat tubuh Razak menggigil. Lif menurun dengan perlahan dari tingkat ke 13, kemudian 12, 11, 10 dan seterusnya. Matanya tak lekang dari melihat pada no tingkat yang semakin menurun. Tetiba lif berhenti di tingkat 4. Wajah Razak pucat lesi, kali ini dia benar2 menyesal kerana bekerja lewat malam. Kini kejadian yang menimpa staff itu akan kena padanya pula. Kakinya menggigil kuat. Pintu lif terbuka. Seorang perempuan yang menundukkan kepala masuk. Razak sesak nafas, degup jantungnya benar2 kencang. Tetiba lampu lif terpadam kemudian diikuti dengan bau yang amat busuk. Razak sudah tidak tahan, kencingnya yang di tahan2 dari tadi telah membasahkan sebahagian dari seluarnya. Mulutnya kaku, dia tidak dapat membayangkan rupa mahluk yang akan di hadapinya sebentar lagi. Tetiba lampu lif terbuka. Kemudian perempuan yang menunduk itu berpaling. Razak kejang, dia sudah benar2 lemah dan tidak berdaya. "Maaf, saya terkentut tadi" kata perempuan itu. Razak pengsan bersama ketakutan yang hanya dia saja boleh merasakannya. TAMAT
Balik2 cerita kentot...buatlaa cerita yang mengasparaguskan tekak aku....citer2 terkentot ni dah naik loya tekak aku.......oooo lupa 18kt(unsur2 yang melawak kentot). lain kali klasifikasi laaa dulu....anyway thankz,harap atromen dapat selesaikan masalah mental ko......jgn marah, ko ble buat lawak,aku pun nak melawak gak!!!!!
memang lawak yang membuatkan aku terkentut kentut membacanya.lawak komemang kuang ajor yang patut pengsan pompan tu yang terpaksa memasukkan gas beracun ke dalam idung dia sehingga menyebabkan berlakunya pengguguran bulu idong terhadap beliau
wah.... best laaa citer lu... gua suka sangat!!mula-mula gua rase gerun sampai nak terkencing tapi tahan gak sebab nak baca citer nie sampai habis, pastue gua teruss ketawa tak tentu pasai... tak sangka gua terkencing dalam seluar!!! eiii.... rock laaa citer lu..
quote: Originally posted by: JOYAH "CITER KO MMG SEGHAMLAH TAPI LAMA2 AKU KETAWA TERKENTUT2 TAHAP MAKAN PETAI.BUATLAH LAGI CITER MCM NI.KITA GELAK GHAMAI2...................."
Gua caya sama luu... seram2 lawak... menarikkkk 2... ko buat aje la lagii... yang komen pelik2 tu, diorang jelous sbnrnya 2... tapi jgn la yang terover plak smpai ilang seramnya udah la... tahniahhh
quote: kahkahkah lawaknye......habis simpanan gas-gas kentut aku sebulan sebab aku bace cerita ko ni sambil terkentut-kentut kahkahkah diselangi dengan bunyi potpotpot.......pus........ooo leganye gurau je.
Aku baru pindah kat umah ni.Sebelum aku tinggal kat umah tu ada orang tinggal.Jiran aku bagitau kat aku orang dulu tu dah pindah lebih setaun.Kalau dah setahun tak ada penghuni maknanya hantu la penghuninya.Tapi aku dengan keluargaku berani kan diri tinggal kat situ.Dalam beberapa bulan aku kat umah tu,duit mak aku asyik hilang je.Sampai mak aku tuduh abang aku yang curi duit dia.Aku kesian gak nengok abang aku kena tuduh je.Lama-kelamaan,mak aku sedar bukan abang aku yang curi duit dia tapi toyol yang curi duit dia sebab time aku balik kampung pintu aku tak kunci tapi pintu gril kunci.Jiran aku saje la bukak pintu aku.Korang nak tau ape jiran nampak?Dia nampak tiga orang budak tengah melompat-lompat kat ruang tamu umah aku.Dia terus tutup pintu umah aku tu dan terus masuk umah dia.Bila aku dah balik dari kampung,jiran aku tu pun cite la kat mak aku.Kali kedua orang nampak toyol tu adalah mak su.Time tu dia singgah umah aku dan time tu pulak aku tak da umah.Daripada luar umah mak su aku nampak cahaya warna putih.Mak su aku ingat aku ada kat umah sebab cahaya tu macam cahaya lampu.Lepas tu mak su aku bukak la pintu dengan kunci yang mak aku bagi kat dia.Lepas je dia bukak pntu tu dia nampak seorang budak kicik kepala botak licin badan warna hijau merangkak lalu menghilangkan diri.Mak su masuk umah tu dengan selambanya.Dia dah biasa dah jumpa benda macam tu sebab tu dia tak takut.Lepastu, mak aku sampai kat umah.Mak su aku pun cite la kat mak aku.Mak aku pun bagi tau la kat pak cik aku sebab dia pandai sikit tentang bab ni.Pak cik aku pun buat la air 'pedinding' suruh mak aku renjis kat umah tu.Pak cik aku buatla solat hajjat dan dia mimpi tuan empunya toyol ni pompuan.Alhamdulillah sampai sekarang dah tak ade ape-ape dah.
aku x tau nak ckp aper kat ko.........................................................................................................................................................................