Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Terkena buatan orang
Nippon

Date:
Terkena buatan orang
Permalink Closed


[Quote]
Perasaan hasad dengki merupakan salah satu sikap yang biasa kita dapati dalam diri seseorang. Sikap dengki yang keterlaluan terhadap seseorang adakalanya menyebabkan seseorang bertindak di luar batas etika perikemanusiaan sehingga sanggup mengenakan orang yang didengki dengan pelbagai cara buruk seperti santau dan lain-lain. ada satu cerita, Nur, seorang eksekutif muda di salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia telahpun berkahwin dengan lelaki pilihannya sendiri kira-kira setahun lebih yang lalu. Pada mulanya semuanya berjalan dengan lancar, kehidupan mereka suami isteri memang bahagia. Kebahagiaan ini ditambah pula dengan kehidupannya yang selesa, maklumlah kerja eksekutif, gaji pun boleh tahan besar, walaupun suaminya hanya seorang kerani sahaja. Namun langit tidak selalunya cerah, disangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. :-[ Kehidupan bahagia yang mereka kecapi mulai terganggu ketika usia perkahwinan mereka genap setahun berikutan malang yang menimpa Nur. Entah apa sebabnya kerjanya sebagai eksekutif selalu terganggu kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Jarang sekali Nur sakit, malah batuk pun sangat jarang dihidapinya mungkin kerana dirinya yang rajin bersenam menjadikan antibodinya kuat melawan penyakit. Namun penyakit yang mengganggunya kini memang betul-betul menyukarkan kehidupannya. Adakalanya disebabkan penyakit tersebut, kerjanya yang banyak tertunda menyebabkan dia membawa masalah di tempat kerja ke rumah. Ini secara tidak langsung menyebabkan rumahtangganya bergolak. Nur sering mengadu sakit kepala terasa seperti berpusing-pusing dan berdenyut-denyut sakitnya. Malah ada masanya ketika sedang sibuk mengadap komputer kepalanya terasa berat dan pandangannya berpinar-pinar.Bukan itu sahaja Nur juga sering muntah-muntah dan tekaknya sering merasa loya, malahan selera makannya juga sangat pelik. Kadangkala Nur tiada langsung selera makan, tetapi ada masanya Nur makan terlalu banyak seolah-olah ada sesuatu dalam dirinya yang turut makan bersama! Keganjilan selera makan Nur sangat ketara apabila dia yang selama ini tidak menyukai seafood tiba-tiba berubah sikap menjadi seseorang yang sangat sukakan seafood. Hari demi hari penyakit Nur bertambah teruk bila sikapnya yang periang dan baik hati berubah kepada seseorang yang sering marah-marah. Selain itu, Nur juga sukar tidur seperti ada sesuatu yang sering membuatkan dirinya gelisah terutama pada waktu malam. Rakan-rakan sepejabatnya mulai syak yang Nur terkena buatan orang lantas mengesyorkan suami Nur supaya membawa Nur berjumpa bomoh. Namun suaminya berkeras mengatakan yang Nur tiada apa-apa, mungkin demam biasa sahaja. Sikap suami Nur yang berdegil tidak mahu membawa Nur pergi berubat amat mengejutkan :o ??? rakan-rakan sepejabatnya. Di atas rasa simpati, rakan-rakan sepejabat Nur sepakat untuk membawa Nur berjumpa bomoh tanpa pengetahuan suami Nur. Dan jangkaan mereka tepat apabila bomoh yang mereka temui mengesahkan yang Nur terkena buatan orang! :o Namun hajat mereka agar bomoh tersebut dapat membantu Nur tidak kesampaian apabila bomoh tersebut mengatakan ianya sudah terlambat, Nur tidak dapat diubati lagi. Walaupun bomoh tersebut tidak dapat mengubati Nur tetapi dia dapat memberitahu siapa yang bertanggungjawab menyebabkan Nur jadi begitu. Apa yang memeranjatkan rakan sepejabat Nur adalah apabila bomoh tersebut mengatakan suami Nur sendiri yang menyebabkannya jadi begitu ??? ???. Kini persoalan mengapa suami Nur berkeras tidak mahu membawa Nur berubat terjawab sudah. Persoalan yang tinggal kini adalah mengapa suami Nur sanggup melakukan perkara tersebut ke atas isterinya sendiri? Memandangkan bomoh yang mereka temui gagal membantu, rakan sepejabat Nur mengambil keputusan untuk cuba membawa Nur ke hospital pula. Di hospital, mereka menerima satu lagi kejutan apabila doktor yang merawat Nur turut mengesahkan Nur terkena buatan suaminya sendiri >:(. Mana mungkin rawatan moden juga memberikan jawapan tersebut. Tapi yelah.. memanglah Nur terkena buatan orang, dia disahkan mengandung 2 bulan! ;D ;D ... betullah tu terkena buatan suami sendiri 8-) 8-) ;D ;D

__________________
ima

Date:
Permalink Closed

pala hotak ko .............
ingatkan ape
rupanye benih sedang mencambah di ladang yg subur !!

__________________
Nippon

Date:
Permalink Closed

Wakakakakaka...Kena tipu

__________________
Slay

Date:
Permalink Closed

Oi!Nippon a.k.a botak ape khabar.Masih botak lagi ke kepala kau tu???Lame gile tak jumpa kau

__________________
ima

Date:
Permalink Closed

oit slay ni bukan ruang mencari sahabat lama

__________________
Slay

Date:
Permalink Closed

Apsal dgn kau nie ima..Sakit...Aku tau la kau tak de kawan..Tu pasal la kau dengki

__________________
pEnAnGaL

Date:
Permalink Closed

ko ni mesti suke tahu hal peribadi rumah tangga orang kan hahahaha tak gune punyer orang rumah tangga saper yang ko nak kacau ni ha cibaiiiiiiii

__________________
jojo

Date:
Permalink Closed

aku baca bgi nk rak. rupa2 nyer ko nie..............................isk isk isk.....


aper nie.. aku nk kata pun cam x sanggup jer.



__________________
tipah

Date:
Permalink Closed

ko ni sakit usus ke aper.... ape la.. marang perapu kepunden.... skeper tul la..

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard