Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bilik Atuk (copy & paste)
ima

Date:
Bilik Atuk (copy & paste)
Permalink Closed


sorry ima tak de cite nak karang dan ima juga xde pengalaman dlm hal2 seram cenggini. ilham xde le. sorry klu korang rasa ima ni dah jadi cam klon.....sorry klon ima cuma nak menyeramkan balik web ni yg dah jadi cam web jiwang......
sorry kengkawan........love u all.....




Bilik Aneh Di Rumah Atuk
Setiap kali hujan lebat dimalam Jumaat, aku pasti terkenang kejadian ngeri dirumah datukku. Kejadian ini berlaku kira-kira 13 tahun yang lalu. Aku masih ingat tarikhnya iaitu pada 13/3/86. Waktu itu cuti sekolah. Aku tinggal bersama datukku disebuah kampung pendalaman di negeri Pahang. Datukku memang seorang pawang yang terkenal. Walaupun rumahnya agak jauh dipendalaman, tetapi ramai orang datang kerumahnya untuk mendapatkan ubat dan rawatan secara tradisional. Setiap kali dia mengubati orang dia akan masuk kesebuah bilik kecil yang hanya diterangi oleh cahaya lilin. Tiada siapa yang dibenarkan masuk kecuali dia seorang walaupun pesakit itu sendiri. Sewaktu dia didalam bilik, kami yang diluar akan mendengar suara seperti orang berbual dalam bahasa yang tidak difahami. Apabila dia keluar dia akan membawa sebotol air. Katanya air itu adalah ubat buat sipesakit. Entah dari mana datangnya air itu, aku sendiri tak pasti kerana setahu aku dirumahnya cuma terdapat satu paip air iaitu di bahagian dapur.
Datukku memang sudah lama tinggal sendirian. Aku sendiri tidak pernah melihat wajah nenekku. Katanya nenekku meninggal sewaktu aku masih kecil lagi. Dia tidak akan menerima sebarang pesakit pada setiap malam Jumaat. Katanya dia ingin menghabiskan malam Jumaat dengan beramal. Dan pada setiap malam Jumaat aku dihantar kerumah Pak Cik ku yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Katanya dia tidak mahu diganggu.

Pada 13/3/86, hujan turun begitu lebat sekali dengan kilat dan guruh yang sabung-menyabung. Malam itu dia tidak dapat menghantar aku kerumah Pak Cik ku. Selepas masuk waktu maghrib, dia berpesan kepadaku supaya tidak menganggunya dan menyuruh aku membuat kerja sendiri didalam bilik bersebelahan dengan bilik kecil tempat dia beribadat. Aku tidak membantah. Sepanjang waktu itu aku terdengar datukku mengaji dan membaca Yassin. Aku tidak mengesyaki sesuatu sehingga lah kira-kira jam 9:30 malam apabila aku terdengar datuk seperti berbual dengan seseorang didalam biliknya dengan bahasa yang pelik. Tapi cuma suaranya sahaja yang kedengaran. Tiba-tiba aku terdengar datuk melaungkan azan disertai dengan dentuman guruh yang begitu kuat sekali. Aku tersintak. Segera aku keluar dan mengetuk biliknya. Datuk seolah-olah tidak memperdulikan aku. Aku cuba membuka pintu biliknya tetapi dikunci dari dalam. Aku terus mengetuk.

Tidak lama kemudian, datuk membuka pintu. Mukanya bengis. Matanya merah menyala. Dia memandang aku dengan satu pandangan seolah-olah ingin menelanku hidup-hidup. Aku terkedu. Dan mengundur beberapa langkah. Mungkin datuk faham perasaanku ketika itu. Dia tidak berkata sepatah pun. Dia terus menuju kepintu hadapan. Sebelum dia melangkah keluar didalam hujan lebat dia berpesan supaya jangan sekali-kali aku masuk atau cuba mengintai bilik kecilnya. Aku cuma mengangguk.

Setelah dia pergi, hati ku terus tertanya-tanya apa yang ada didalam bilik kecilnya itu sehinggakan tiada sesiapa yang dibenarkan masuk atau melihat isi dalamnya. Kerana rasa ingin tahu yang teramat sangat, aku tidak mengendahkan amarannya. Dengan perlahan-lahan aku menolak pintu biliknya. Suasana didalamnya terasa sejuk dengan cahaya api lilin yang berbalam-balam. Seluruh ruang bilik itu dipenuhi dengan bau keminyan. Lilin besar berwarna hitam didalam bekas tembaga diletakkan diatas para yang dilapik dengan kain hitam. Sebelahnya terdapat satu lagi bekas tembaga yang bertutup. Aku memerhati disekelilingku. Tidak ada satu perabut pun. Cuma sekeping tikar mengkuang lama dan bekas pembakar keminyan sahaja yang kulihat. Hati tu berdetik untuk melihat isi kandungan bekas tembaga yang bertutup tadi. Dengan perlahan-lahan aku membuka tutupnya. Tidak semena-mena satu cahaya kilat memancar disertai dentuman guruh yang amat kuat memekak telingaku. Aku tersangat terkejut sehingga tutup tembaga terlepas dari tanganku. Disaat itu juga aku terdengar satu bisikan ditelinga kiriku. Bulu romaku meremang. Aku bingkas bangun dan berlari keluar. Keadaan diluar gelap gelita. Mungkin kilat tadi telah menyambar kotak fius rumah datukku. Aku semakin kecut. Aku seakan-akan terdengar suara hilaian dari atas bumbung rumah. Tiba-tiba pintu bilik datukku tertutup dengan kuatnya seperti ditiup angin. Keadaan menjadi semakin gelap. Aku mengucap dan membaca segala ayat-ayat suci yang terlintas difikiran. Disaat itu juga aku terdengar seperti ada orang sedang memijak tangga dapur disertai dengan bau bunga melur bercampur dengan bau keminyan. Aku semakin panik. Aku menoleh kedapur dan terlihat sehelai kain putih yang terawang-awang di pintu dapur. Suara hilaian diatas bumbung semakin menjadi-jadi. Ketika itu aku sudah hilang pertimbangan. Aku terus berlari kepintu hadapan. Malangnya kaki ku tersangkut sesuatu. Aku tersungkur. Aku cuba bangun tetapi kesakitan menghalang aku berbuat demikian. Aku terasa ada sesuatu mencuit bahu kananku. Aku terus menoleh. Apa yang aku lihat sungguh mengerikan. Ada sekujur tubuh budak perempuan yang teramat kurus berdiri tegak disebelahku. Oleh kerana jarak antara kami begitu dekat aku dapat melihat matanya besar dan bulat tetapi tidak ada mata hitam dan baunya sungguh busuk seperti bau bangkai. Semangatku terus hilang.

Apabila aku tersedar, aku telah berada dikatil hospital. Ibubapa dan datukku ada bersama. Mata ibuku merah mungkin kerana terlalu banyak menangis. Katanya aku telah tersantar disitu hampir 4 hari. Kaki kiriku bersimen. Menurutnya datuk menjumpaiku dihalaman rumah sewaktu hujan lebat sekembalinya dari kedai untuk membeli rokok daun. Ibu diberitahu oleh datuk yang aku mungkin terjatuh dari tangga ketika aku cuba untuk kerumah pakcikku diwaktu hujan. Katanya lagi mungkin aku takut tinggal sendirian ketika itu waktu keadaan rumah yang gelap dan hujan lebat. Aku tidak pasti samada datuk menceritakan perkara yang sebenarnya.

Datuk tidak pernah menanyakan peristiwa yang berlaku sehinggalah dia menghembuskan nafas yang terakhir 6 tahun lalu. Cuma satu pesanannya yang aku ingat sehingga sekarang. Hendaklah kita mematuhi segala pesanan orang tua untuk kebahagian diri sendiri dan orang-orang yang disayangi dan menyayangi diri kita ini.


sorry kengkawan....bkn niat ku nak ciplak hak cipta org lain





__________________
papabear

Date:
Permalink Closed

hohohoho...kopi o kau nih.....pepepun kalau nak copy tu..biaq la cite yg seram gile ek.....baru sedar yang website nih dah rupe taman bunga...tau takpe

__________________
papabear

Date:
Permalink Closed

pepehal pun yang hamba tau setakat nih....we are the conquer of this website...muahahahahaha

__________________
ima

Date:
Permalink Closed

la tak seram ke???
mana tau papa..ima pun belum baca lagi ler.......copy paste dulu baru nak baca
hehhehehhehehhehehehhehehh (sorry dah termalu ler )

__________________
papabear

Date:
Permalink Closed

...kucing ima nih cerdik ler....lerima sendiri pun tak baca lg ke....huhuhuhuhu

__________________
ima

Date:
Permalink Closed

quote:
Originally posted by: ima

"la tak seram ke???
mana tau papa..ima pun belum baca lagi ler.......copy paste dulu baru nak baca
hehhehehhehehhehehehhehehh (sorry dah termalu ler )
"




ni ima copy & paste lagi tak ler best ke tak.....




Kereta Busuk
Cerita ni dah lama jugak, masa tu aku tingkatan satu. Nak cerita secara detail aku pun tak berapa ingat cerita ni. Cerita yang aku nak cerita ni pun takdelah seram sangat pun, tak taulah aku kalau ada daripada pembaca yang rasa seram jugak. Masa tu aku ingat lagi kecoh kat sekolah aku pasal ada sebuah kereta Proton Saga Aeroback yang dijual dengan harga murah, tak sampai RM 500 pun. Memang murah gila, yelah mana nak dapat kereta murah macam tu dan masih baru lagi. Kereta tu second hand tapi baru je pakai beberapa bulan dan pemiliknya telah menjual pada satu kedai kereta terpakai. Tapi kereta tu takde seorang pun mahu membelinya. Heran bukan? Memang heran pun aku sendiri pun heran, mesti ada udang disebalik batu.
Sebab musabab kereta tu tak laku bukannya kerana dah tak boleh digunakan atau rosak, kereta tu masih sempurna lagi dari segi zahir dan batinnya… cewahhh. Tapiiiiiiii ni aku nak kaboo ke mung ni (terengganu pulak aku ni) bila bukak je pintu kereta tu, peeehhhh mengeluarkan satu bau yang amat busuk, masyaAllah tak taulah nak kata macammana dia punya busuk, aku rasa bau taik aku pun kalah. Memang busuk sangatlah. Itulah puncanya kereta tu tak laku. Nak ikutkan puas juga orang kedai tu bersihkan, macam-macam jenis syampu pakai tapi memang bau tu tak mahu hilang jugak.

Ceritanya macamni, aku pun ingat-ingat lupa sebenarnya. Lebih kurang macam ni la, pada suatu hari pemilik kereta asal ni balik dari kerja (nak mudahkan cerita aku bagi nama kat pemilik ni Zues lah, senang sikit tapi bukan nama sebenar), si Zues ni balik pada hari ni agak lewat sikit, yelah banyak kerja la katakan pada hari tu. Dalam perjalanan pulang si Zues akan melalui satu tanah perkuburan, memang tiap-tiap hari dia ikut jalan tu. Tapi dah biasa agaknya si Zues ni takdelah rasa apa-apa lalu kat situ. Kebetulan selepas saja melalui tanah perkuburan tu ada seorang wanita tahan kereta si Zues ni, masa tu lebih kurang pukul 8:30 malam. Pada mulanya si Zues ni tak mahu berhenti yelah dah malam-malam macam tu, entah kenapa pulak hati dia ni tergerak pulak nak berhenti. Si Zues menekan butang auto windowsnya,

"Nak kemana ni cik adik?", tanya Zues pada wanita tu.

"Saya nak baliklah bang, dari petang tadi saya tunggu bas, takde satu pun yang lalu, kalau abang tak keberatan boleh saya tumpang?", tanya wanita tersebut pada Zues.

"Emm boleh jugak, rumah cik adik ni kat mana?", tanya si Zues lagi.

"Alaa bang tak jauh pun, dekat kawasan perumahan yang dekat dengan restoren lj tu."

"Ohhh restoren tuuuu, emm kat situ nasi lemak dia memang sedap tu, emm naiklah saya pun memang lalu tempat tu", Tanpa berlengah lagi si Zues pun membuka pintu keretanya.

Wanita tadi pun naiklah kereta si Zues. Wangi jugak, ntah minyak wangi apa entah dia pakai. Si Zues tak banyak tanya dengan wanita tu, malulah tu konon yelah boleh tahan jugak lawanya. Tak sampai satu kilometer wanita tu suruh berhenti.

"Opssss, berhenti sini bang", dengan nada yang agak kuat.

"Eh! Apsal berhenti kat sini pulak? Kan ke belum sampai lagi", Zues hairan.

"Tu ha, rumah saya", dengan menuding jari kearah satu tempat.

"Takde pun?", Zues kehairanan.

"Adalah bang, takpalah saya turun sini ye, terima kasih kerana tumpangkan saya nah ambil lah kain ni tanda terima kasih saya, simpan elok-elok ye bang jangan buang pulak simpan je kat dalam kereta ni". sambil menyerahkan sepotong kain pada Zues.

Si Zues ni pun tanpa banyak tanya dia pun terima kain tu. "Oklah, Baik-baik jalan tu" dengan agak kehairanan dengan apa yang terjadi. Si Zues ni pun baliklah rumahnya dengan kain yang diberi oleh wanita tadi. Untuk pengetahuan, si Zues ni dah berkahwin.

Keesokan harinya pula, kebetulan besok tu hari minggu si Zues ni banyak menghabiskan masa dirumah bersama keluarga. Si Zues ni biasalah dah hujung minggu ni takde keje lain dia basuh kereta la, kereta barulah katakan baru je sebulan pakai, dia basuh kereta dengan bini dia. Tengah bini dia dok vacumm dalam kereta, "Eh kain apa ni bang? Wangi je kain ni, abang keluar dengan perempuan mana pulak ni bangggg???" Zues pandang pada kain tu, dia teringat pasal wanita tu, "Takdelah Nazira, semalam masa abang balik ada sorang perempuan nak tumpang, lepas tu dia bagilah kain tu tanda terima kasih, alaaa takde apa-apalah biar jelah kat situ jangan dibuang" si Zues cuba menenangkan keadaan isterinya. "Abang jangan memain dengan saya bang" dengan keadaan yang agak marah si Nazira buang kain tu kedalam tong sampah. Si Zues membiarkan saja apa yang dilakukan oleh isterinya tu, yelah karang dilarang lain pulak jadinya (takut bini jugak mamat ni). Si Nazira ni pun terus masuk ke dalam rumah meninggalkan si Zues yang sedang memegang berus, Zeus diam tak terkata apa dengan sikap bininya tu, merajuklah tu biasalah orang perempuan cemburu, cemburu tandanya sayang tu.

Berlalulah bab tu, pada keesokannya seperti biasa si Zues ni bangun pagi dan bersiap-siap nak pergi kerja. Tengah dok nak buka pintu kereta, Zues terbau bau yang sangat busuk bau tu datang dari kereta dia, bila dibukanya pintu kereta bau tu semakin kuat pulak. Terus si Zues ni panggil bini dia, "Naziraaaa!!!! Mari cepatttt!, "Ye bang" jawab bininya "Ada apa abang panggil saya?" "Kenapa kereta ni bau busuk sangat ni? Kamu basuh macammna kereta ni semalam sampai keluar bau busuk macamni?" dengan nada yang agak tinggi. "Apa pulak bang, manalah saya tahu abang yang sudahkan basuh kereta ni semalam". "Ish macammana boleh busuk macam ni?" serba tak kena si Zues dibuatnya.

Di pendekkan cerita, Zues mengambil keputusan menjual kereta tersebut setelah puas berikhtiar menghilangkan bau pada keretanya itu. Zues telah menjual kereta itu di salah sebuah kedai kereta terpakai dekat Cheras kalau aku tak silaplah. Lama jugak kereta si Zues tersadai kat kedai tu, takde sorang pun nak beli. Emm begitulah serba sedikit ceritanya, tak taulah aku apa cerita kereta tu, tapi ada jugak terdengar cerita kereta tu dah ada orang yang beli, yang beli tu pulak aku dengar cerita orang yang ada ilmu jugak la, tah macammana dia buat kereta tu pun hilang baunya. Wallahuaklam.





__________________
ima

Date:
Permalink Closed

ima tgk kat bawah subforum tu tulis 4 user tp mana diorg ????
xde pun


__________________
papabear

Date:
Permalink Closed

...humangaih!!..panjang le pulak..takpe2 cam lg hamba bace....hamba rase mereka2 tu tak logout kot..biaq kan je nama diorang kat dalam web nih

__________________
ima

Date:
Permalink Closed

ye ke.............oh ic

__________________
papabear

Date:
Permalink Closed

ic...nak buat ape ngan ic hamba(dengan gaya yang bersahaja)

__________________
pEnAnGaL

Date:
Permalink Closed

mak iiiiiiiiii panjang nyer malas la nak bacer lain kali jer la yer ima ku sayang yer............

__________________
ima

Date:
Permalink Closed

la tak yah baca pun takpe
ima copy n paste tu sbb ari korg tak de dah bosan sangat msk ler web lain baca2 text diorg pastu dah bosan sangat copy pastu pasre kat dlm ni...........nak bagi menyemak ruangan ................ tu la sape srh tak online

__________________
papabear

Date:
Permalink Closed

hehehehehehhehe

__________________
pEnAnGaL

Date:
Permalink Closed

eeeeeeeeeeee beruang ni sibuk jer nah penangan aku 1Juta Hp

__________________
papabear

Date:
Permalink Closed

hehehehehehhehe...alamak dia marah le......kaber line..(buat2 tak perasan)

__________________
pEnAnGaL

Date:
Permalink Closed

aku cakap 1juta Hp ni kor paham ker dan kor penag bacer buku komik pendekar laut tak fuyooooooo best tau kor penah bacer ker beruang

__________________
leesidarahapi

Date:
Permalink Closed

Sungguh seram cerita Ima ku sayang.Tahniah kita ucapkan utk awak.APAPUN SAYA TETAP SUKAKAN AWAK....

__________________
pEnAnGaL

Date:
Permalink Closed

ceh bodek lebih la tu pigeeeeeeeeeda

__________________
leesidarahapi

Date:
Permalink Closed

Yeehaa...Itu dia ,hantu penanggal masih taK puas hati dan masih tak mati2 sebab dia adalah hantu.Ambik kau seranganku yg ketiga demi menyelamatkan Ima ku sayang dan yg tersayang.Terimalah seranganku.dari jurus maut sang elektron.Serangan halilintar pemusnah hantu ( KHAS UTK GOLONGAN HANTU SAHAJA TERUTAMNYA HANTU PENANGGAL )5,500,000 HP

__________________
pEnAnGaL

Date:
Permalink Closed

aaaaaa takpe penyatuan sel sel yaaaaaaa ha aku dah pulih nah 6,000,000 Hp tumbukan pendekar laut hahahahahaahahahhahaa aku menang( khas untuk leesidarahapi yang tak mampus2) hahhahahhaha

__________________
leesidarahapi

Date:
Permalink Closed

Ohhh...ekau golak ye!Ambik pula serangan bertali arus dari jurus maut kalajengking leesidarahapi khas utk memusnahkan sel2 penyatupaduan semula milik hantu penanggal.Klong..klong..plang...plang 10,000 hp( huhh..memang susah nak mati hantu ni ) Ima..saya sayang awak...

__________________
pEnAnGaL

Date:
Permalink Closed

ceh cilako takpe2 aarrrrrrrrrggggg 10 juta Hp hahahahahh dah baik dah nah ini khas untuk memampuskan leesidarahapi hikmat gabungan dari hikmat yang lain tumbukan dari pendekar laut, pedang setiawan, golok naga, jengking merah, juara wira, dewata raya, dan yang bersukutu dengan nyer hiyaaaaaaaaaaa 20 juta Hp arrrrrrrrr yup yip nah ya pang pong pung ping peng kung king kong keng @$&^%^&(&*)(*+__ mampus kau leesidarahapi maka lenyap la leesidarahapi dari muka bumi ini yayayayay aku menang ima aku dapat kembali yeyeyeyeyeiiiiiii aku menang hahahahahah gelak cam penangal yang dapat memampuskan leesidarahapi hahahaha

__________________
leesidarahapi

Date:
Permalink Closed

Fuhhh..nasib baik sempat elak..memang lait nyawa hantu ni...Nah ambik kau serangan dari leesidarahapi,kalajengking leesidarahapi,tok imam dan ahli jemaahnya,pak2 kiaii dan yg seangkatan dengannya.habislah hantu penanggal musnah terbakar,,,kalau tak mati juga sah lah kau ni dah tahap raja yama dan iblis angkasa dalam komik senjata misteri

__________________
pEnAnGaL

Date:
Permalink Closed

aaaaaaaaaaaa tidak tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

__________________
leesidarahapi

Date:
Permalink Closed

Nasib baik taktikku berjaya.Terima kasih pak imam dan pak kiyaii dan jemaah2nya..Namun sekiranya penanggal masih hidup..nantikan pertarungan mereka pada esok hari.....

__________________
pEnAnGaL

Date:
Permalink Closed

baik la kiter sambung esok yaaaaaaaaaa

__________________
ColesLuv

Date:
Permalink Closed

iklan sebentar ..


kita kembali selepas ini....



__________________
papabear

Date:
Permalink Closed

iklan ini di bayar siarannya..aksi2 yg dipaparkan sangat membahayakan..kepada kanak2..dinasihati agar tidak meniru aksi2 dibawah...ewah!


terbaru di pasaran............gunalah ubat gigi cam coles...boleh menanggalkan segala plak2 di gigi anda..juga boleh menanggalkan minyak pada pinggan..gris dan boleh menaggal kotoran degil pada baju...:brushteethkereta dan juga boleh kotoran pada mangkuk jamban umah anda!!gunalah!! ubat gigi coooooolleeeeeeessssss!!!!!



__________________
cikgu tadika

Date:
Permalink Closed

wah..pandainye murid2 wat karangan smbl gune icon ..emm bagus pasni cikgu kene blaja la camni nak wat story gune icon

__________________
papabear

Date:
Permalink Closed

baaaaaaaaiiikk ciiiiikguuuuuu!!

__________________
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard