cerita ni asal nyer dari emak aku la dia yang cerita kat aku suatu mase dulu. Ceritanya bermula begini ketika mak aku masik kecil lagi mak aku ni ngan nenek aku pergi la di dalam hutan tah aper yang dia orang cari pun aku dah lupa la. aper yang aku ingat mak aku cakap ketika dia ngan nenek aku di dalam hutan, mak aku ni rase tak sedap hati dah maklum la dai orang pergi kat hutan tu di waktu tengahari, cakap orang2 tua kalau tengahari jangan la sesekali pergi tenpat yang keras. sambung balik' keti ka di dalam hutan tu mak aku ternampak ader sesuatu orang yang mengintai dari belakang mak aku rase tak sedap hati dah mase tu, tapi nenek aku dah perasan dari awak lagi dah cume dia taknak beri tahu mak aku jer takut dia mengelabah kang lain pulak jadi nyer. ketika perjalanan pulang nak keluar dari hutan tu mak aku perasan lagi sesuatu yang mengikut dia tu menyerupai bayang2 je mak aku cakap la kat kat nenek aku. 'mak2 ader orang ikut kiter la' cakap mak aku kepada nenek aku. tapi nenek aku cakap ' ala... buat tak tahu jer jangan ambik perduli dia tu' balas nenek aku pulak. jalan la punya jalan lame tu mak aku cakap same nak keluar dari hutan tu, selalunya mak aku cakap kalau nak keluar dari hutan tu dalam 10 minit je dah dapat keluar tapi ni dah dekat setengah jam dah ni yang buat mak aku tanya lagi kat nenek aku, ' mak2 kenaper lame sangat kiter jalan ni tak sampai lagi jalan keluar ni'. mak aku tengak muka nenek aku dah pucat dah mak aku pon terut pucat pasal tengak nenek aku pucat muke dia. mak aku cakap lagi, 'mak mak kiter ni dah sesat ni, cam maner ni' nenek aku diam je cakap mak aku. pastu sambung balik perjalanan keluar semula tapi tak jumpe2 jugak dalam pada itumak akuselalu toleh ker belakang pasal mak aku rase bendu tu selalu ikut jer mak aku cakap lagi, 'mak2 orang tu ikut kiter lagi la' cakap mak aku lagi kat nenek aku. tapi nenek aku merah pulak kat mak aku pasal gi tengok orang tu, pas tu nenek aku cakap jangan tengok dia lagi. pas tu mak aku tak la tengok mende tu lagi dalam lima minit dalam mase tu mak aku dapat rase mende tu melintas di sisinya mak aku punya la tergamam dam mendiam kan diri terus sampai balik rumah baru cerita. selepas mende tu melintas mereka baru la dapat jumper jalan keluar. ape bila sampai di rumah baru mak aku cerita kat nenek aku ngan atuk aku sekali pasal pekara tu aper lagi atuk aku ni terus marah kat nenek aku pasal gi bawak mak aku gi tempat macam tu di waktu tengahari. sampai sekarang mak aku cakap dia tak tahuaper benda yang ikut dia dan maknya tu. tapi aper yang aku rase hantu adalah penungu tempat tu kot pasal tempat tu sampai sekarang orang kater keran dan berpenungu.
ha bagai mane cerita aku best tak. banyak lagi cerita yang aku tahu tentang hantu ni 2 dari mak aku termasuk cerita ni dan ayah aku lagi la banyak kalau nak cerita lain kali jer la ok. ha komen jangan tak komen ..... wassalam....
emmm..elok jugalah ko nyer crita..bagus ada bakat..ni misti ko blajar pasal hantu2 dr keturunan ngan sukusakat ko,bolehla..esok2 ko pun bleh jadik hantu
Emm bagus cerita kamu pEnAnGaL...boleh tanya di mana tempatnya...sebab tempat yang brutal itu paling saya suka..bukan pasal angkuh tetapi saya hendak mencari sesuatu.
Saya memang meminati tempat tersebut tapi terpaksa bersambung nyawa sebab yang kita bertemu tu bukan manusia tapi kita patut bersyukur kerana kita adalah lebih mulia dari bangsa Jin atau syaitan.Sebenarnya saya suka menghabiskan masa lapang saya dan merantau untuk mencari bahan mistik serta pusaka pas tu aku simpan sebagai koleksi dan kadang-kadang ada juga orang membelinya dengan harga tinggi..biasanya mencecah satu barang diatas RM500..itupun tengok kuality nya..hei biasalah cari makan Bang
Aku ada satu lubang barang2 luarbiasa ni,kalu engkau nak atau ada contact dgn buyer ada org nak juakl satu barang harganya RM 60,000.Aku serius ni,kalu engkau dapat org yg nak beli adalah habuan/komisen utk kau,bukan ratus ringgit tapi ratus ...... dia punya komisen.Kalu minat bagitau nanti aku contact kau, bagi pho.number....aku serius!!!
Memang ada sudah buyer,tapi mungkin awak kenal dengan Dato Musa Aman dan ahli kepentingan yang bergelar YB, tapi sebenarnya masaalahnya mereka ni terlalu meminati Batu Delima,dan antaranya seperti Delima Merah ,Delima daging,Batu Serai air, Batu serai laut dan besi bacang kuning. Kadang-kadang benda seperti ini mereka sanggup menghabiskan wang ringgit sebanyak berjuta-juta ringgit kerana batu tersebut mempunyai khasiat yang boleh menarik wang hanya melalui dasar bumi.Bukanlah saya percaya juga dengan benda ini ,tetapi saya pernah nampak sewaktu umur saya 28thn masa tu saya pergi menjelajah ke indonesia saya pernah nampak kawan saya meminta bantuan dari seorang tua di propenci dengan tujuan meminta wang segera dari orang tua itu, lalu kata orang tua ini saya tidak boleh melakukan ritual disini sebab tempat kami ni memang miskin nanti bertambah lagi miskin,lalu kami membawanya ke sabah dan melakukan ritual tersebut dan amat menakjubkan batu itu mampu menarik wang dengan cara ghaib dan hajat kawan saya untuk mendapatkan RM200.000 tercapai lalu kawan saya terus menunaikkan hajatnya untuk berkahwin. dan satu lagi kelebihannya ,bila kita memegang batu tersebut kita akan menjadi kebal kalau diletakkan dalam kereta,badan kereta tersebut bila di kemikkan dia akan balik seperti sedia kala pada esok hari..dan memang di percayai batu tersebut mempunyai khodamnya..(Batu Delima Merah).Cara mengetahui ciri2nya ia berwarna merah dan sekiranya kita menyediakan air dalam gelas putih lalu meletakkan batu tersebut ke dalam gelas,air itu akan bertukar menjadi warna pink dan jika anda hendak mengetahui kekuatan batu tersebut,susun gelas putih sebanyak 100 gelas ,automatik gelas yang lain turut berubah warna..
Gokutua,takyah la sebut nama buyer2 tu dalam ruangan nie ,kite sama kite dan mereka yg bergiat dlam bidang ni aje yg tahu dan faham,buleh yek?susah nanti kalu diaorang tahu naye kite!Batu delima yg kau cakap tu ada cerita baik punye (ada org nak jual)harganya kira murah la cuma RM800,000.00 dan batu ubur2 RM 3,000,000.00 ( MAHAL BEB ).Khasiatnya batu d.merah tu k...l,batu ubur2 tu tembus tujuh lapis dinding,engkau berminat tak,kalu berminat ,aturkan pertemuan diantara aku,engkau,pembeli dan runner2......tentang duit proses tu aku memang ada tukang yg membuatnya ( duit tarik) tapi yg bermain dipikiran aku,halal ko duit tu?Engkau pun pahamkam kenapa aku cakap macam tu......sumber2nye tak jelas ....aku pernah tanya diorang tapi diaorang kata dia pun tak pasti...Kalau ada orang2 yg nak beli kedua-dua batu ni,kau bagitau ye termasuklah batu yg aku cakap harganya RM60,000.00 tu!
colesluv ,,,buat masa in aku takde batu tu tapi cara mencarinya saya tahu jampinya senang saja cuma cara membacanya perlu menyanyi ,bunyinya macam ini....1 2 3
IKAN DI LAUT ..ASAM DI DARAAAT..DALAM PERIUK..BIKIN MUAFAKAT..
Kau ni kacau daun la Colesluv,aku baru nak sembang2 dan bisnes ngan Gokutua!Kalau kau nak batu yg boleh dimakan ada tapi bahaya sikit,batu tu nama dia BATU KARANG !Bila kau makan ia akan duduk dikawasan pinggang kau dan menyebabkan kau kene penyakit batu karang.Buat pengehtahuan kau penyebab penyakit batu karang ialah mereka yg kene penyakit ni suka sangat makan batu karang yg banyak ditepi2 laut.Kacang........kacang.......kacang....dimana kau kacang....
sungguh mendalam pengetahuan ko leesidarahapi dalam hal2 batu karang nie, tahniah diucapkan...klau aku nak tanye kat ko pasal batu penaga ko tau tak??klau tau maklum la kat aku yang kurang ilmu kedoktoran nie. aku dah lama xbaca cite antu yg tul2 menakutkan, cite antu bodo2 tu ade la, sape yang ada contact la aku ye. hadiah istimewa menanti anda!!!!!!!
woi woi aperkorang cerita ni aku molek2 cerita tentang hantu yang korang cite benda lain tu aper sal ha aper suparju ikan di laut ni aper kes ni huaaaaaa aku dah jadi gorila ni aku makan korang huahahahhahaha
Kiliwon=malam Jum'at..dan perlu ada latihan seperti zikir dan mengamalkan surah al-quran seperti ayat "wa-Laqad" untuk pagaran Badan..Dan Mantra yang disebutkan tadi tidak membawa maksud yang jaat..bunyinya atau boleh dimaksudkan macam ini "naluriku nalurimu mampu berhubung dengan alam dan mahrifat,aku yakin dan mampu berhubung dan mengetahui alam semesta (alam gahib) dan aku mampu dan berikan petunjuk untuk mengenal mu" memang pada zaman nabi pun ada umat rasullah menggunakan jampi tetapi haruslah mempunyai unsur kebaikan..dan bukan meminta bantuan Syaitan..contohnya (perubatan dan apa yang membantu orang lain.Saya gunakan ayat ini sebab para intelektual ghaib telah menemui ayat yang mampu untuk serasi dengan alam sekitar dan juga ayat yang mampu berhubung dengan makhluk lain..Dan janganlah salah anggap dengan ayat ini...Tetapi kalau mahu juga ayat yang jahat saya boleh bagitau cuma risiko tanggung sendiri sebab saya sendiri takut untuk mempraktikkannya...sebab mempunyai unsur bantuan jin..seperti Berhubungan dalam mimpi..memindahkan anggota sulit ketempat lain...memindahkan ikan dalam perut..kadang2 duri rotan...atau membuatkan sidia sama ada lelaki atau perempuan ghairah dan orgasmi tanpa membuat sesuatu...dan pelajaran ini patut di elakkan..tetapi pasal pagaran badan saya boleh ajar kalau berminat...dan syaratnya senang saja kalau percaya allah itu maha berkuasa dan patuh pada ajaranya ,hasilnya anda akan dapat rasa...
Sorry abg penanggal sebab telah menukar tajuk cerita...bukan apa saya tertarik dengan cerita saudara mengenai tempat yang keras dan kalau boleh saya ingin ketempat tersebut untuk menyedut pusaka yang ada....kalau yang disedut tu jahat saya buangnya ke sungai atau laut tapi kalau yang baik saya ingin menyimpannya untuk tujuan kebaikkan...
isk..isk..ko ni goku maner ader dalam islam benda tu sumer baik...tu sumer setan....jin... ko dah tua dari aku patut lebih matang benda camnie...kang aku kutuk mara...nak jampi aku..dah dosa lagi....pastu bangga citer ilmu batin ko..dah nak jadi dosa lagi...ko lupe kite hidup bergantung pada atas tu bukan yang kat golongan bawah....dah tua bangka pikir bior la rasional...ni merepek-repek macam orgnyer gak!!!!!!
weiii..bacang maner ko.....aku ader citer nak kongsi ngan ko..
cian penangal penat2 buat citer best korang gi ubah topik pulak. korang ni kalau nak buat topik lain tu buat la kat ruangan lain la. kalau aku pon marah dan pade penangal padan muke kor hahahah
Dalam keheningan malam yg sepi aku mengadapkan zahirku dengan batinku untuk ku mengenal apa ertinya aku,darjatku dan siapakah aku.Zahir dan batinku saling bercakaran menunjukkan siapa yg benar sehingga akal fikirku menjadi kusam umpama rambut yg bersimpulan.Aku hidup didalam ketakutan mengenangkan janji-janji-Nya yg Maha benar.Aku ketakutan dgn diriku sendiri dan kurasakan aku menuju ke jurang kegelapan yg dihuni iblis dan syaitan.Apakah kalian tahu apa itu kesesatan dan apa itu kebenaran kerana nipisnya iman umat2 Muhammad diakhir zaman itu umpama kulit bawang yg mudah rosak jika jahil mengupasnya?Jgn terlalu mudah berbicara mengenai kehidupan yg sebenarnya hanya terlalu sedikit yg kita ketahui....Ingatlah kalian semua bahawa sesungguhnya hingga sekarang aku masih gagal unutk mengenal diriku dgn sebaik mungkin dan berdoalah wahai rakan2ku untukku agar aku berjaya untuk mengenal diriku dan seterusnya lebih mengenali Pencipta yg mencipta segala-galanya.Dialah Allah Yang Maha Agung lagi Maha Mengehtahui.