aku tak ade nak komen ape2 just nak cerita seram kat korang
itupun kalu korang sudi nak baca...
kat batu pahat ada satu sekolah menengah nama sekolah tu dato' onn smk dato' onn area smpg lima aku ni dulu masa sekolah kat situ seorang kadet polis dan aku memegang jawatan dalam kadet polis aku ni terlatih dengan seorang budak kadet tentera, dan banyak yang aku pelajari dari die, nak dijadikan cerita aku buat satu perkhemahan dengan rekrut baru kadet polis,aku pun mengadakan mengikut silibers yang di kehendaki dari pihak sekolah, tapi ada satu program ni aku handle sendiri dengan member2 aku yang berjawatan dalam kadet polis ni, program tu nama nyer malam burung hantu, program ni macam malam menguji keberanian. jadi kami akan 'memagari' setiap penjuru sekolah tu sebelum meletakkan rekrut baru ke setiap sudut sekolah di waktu tgh malam tepat jam 12 hingga ke subuh, setiap satu jam kami akan membuat survey ke tempat2 yang kami letakkan rekrut2 tersebut, kami akan membekalkan nombor kod masing2 dan kod itu bertujuan untuk mereka menyebutnya dengan kuat jika ada apa2 berlaku dan mereka tidak mampu untuk mengawalnya, kami ketika itu mempunyai 33 rekrut dan yang mahu untruk di uji dan tidak lemah semangat lebih kurang hanya 15 org, kiteorg pun mulakan kerja kita orang hantar budak2 ni ke bangunan2 yang kosong dan agak terpencil dari kawan2 mereka yang lain, macam 2 perangai yang kami lihat pada jam yang pertama ada yang lari balik ke khemah utama dan terus demam dan ada yang menangis ter esak 2kerana di ganggu oleh bunyi2 yang hampir dengan mereka seperti berbisik di telinga mereka seakan2 memanggil nama mereka. tetapi apa yang aku nak cerita kat sini ialah ape yang aku sendiri nampak......
jam yang kedua pun berdetik.... aku nak gi survey budak2... tiba2 "0204!" "0204!" "0204!".. aku mendengar dengan teliti kat area mana yangf menjerit tu... lama 2 aku dengar suara budak ni menghalus dan terus mendengar esakan tangisan budak ni... aku familiar dengan suara budak ni aku pun suruh dia nyatakan lokasi.... pasal malam burung hantu kami akan menutup lampu dan kami akan berbekalkan lampu suloh sahaja, keadaan malam semakin pekat... tenggelam timbul suara tadi,,,, aku pun mengarahkan kopral2 aku bergerak.... cari budak tersebut... cuma seorang kopral yang sambut kemungkinan yang lain dah tidur... aku jadi marah akhirnya aku7 bergerak sendiri tanpa menunggu kopral aku yg nyaut tadi....
akhirnya aku sampai kat tepi bilik air di hujung kaki lima salah satu bangunan kat sekolah tu... aku dengar ada suara sorang budak memanggil nama aku dengan iringan suara tangisan sarjen.... sarjen... sarjen.... sar.... jen.... isk isk isk aku tersentak lalu aku pun menghampiri budak tersebut dan tengok keliling dia tak ada apa2 aku tanya dia ape pasal panggil aku ??
budak tu trus menuding jari ke atas bangunan yang berhampiran dengan dia aku pun terus memandang kearah tudingan jarinya..... Masya Allah.... aku terus mengucap dua kalimah syahadah dan terus membaca al fatihah di ikuti dengan 3 Qul dan aku akhiri bacaan aku dengan ayat kursi... apa yang aku nampak tadi adalah satu cahaya yang berlegar2 di koridor tigkat dua tempat abudak tadi tunjuk kat aku.... cahay tersebut seakan2 merenung tajam ke arah budak tersebut seakan2 tidak berpuas hati dengan kehadirannya di situ.... aku pun agak gelabah jugak first time tengok makhluk macam tu... memang aku tak bleh nak describe macam mana rupanya.... aku dan budak tu pun terus berlalu sambil meminta maaf kerana mengganggu kepada makhluk tersebut.... sesampainya aku ke khemah utama aku dah sangka bahwa kopral2 aku dah tido siap berdengkur lagi...
aku punya panas masa tu.... hanya tuhan yang tahu.... aku sepak semua kopral aku... aku kejutkan semua kopral dengan memaki hamun diorang.... aku dah tak tahu nak cakap apa dah masa tu... last2 aku arah kan semua rekrut baru untuk pulang ke khemah utama dan aku denda kopral aku dengan 100 kali tekan tubi dan berguling dari hujung padang ke padang,,,, aku jalankan denda depan rekrut baru aku...
dalam masa yang sama aku aku tanya setiap 15 rekrut yang aku hantar tadi... diorang kata memang mencabar dan kalu bleh nak buat lagi malam esoknye...
tapi memang aku tak nafikan apa yang aku jumpa dengan rekrut aku tadi memang best... kalu bleh taknak jumpa lagi... hehehe.... aku dan rekrut baru tadi trus merahsiakan perkara tadi sampai hari akhir perkhemahan....
................hhhhhhhuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhh............i think this is scary one..........maybe dat 'things' want to join ur activity........u tau2 lah so boring if sorang2 saja...................