once upon a time...................................
alkisah seekor kambing dan sepupunya yang pergi mengembara mencari makanan di hutan rimba. tetiba mereka tertengok sebuah tasik yang besar lagi menggerunkan. pastu mereka mengambil keputusan utk mandi (walaupun sebenarnya spesies kambing takut air) kerana seperti ada aura yang memanggil supaya mereka mandi disitu.
tanpa disedari tetiba ada sesuatu tlh meraba bontot dan janggut mereka.mereka dgn pantas menggembik............. rupenye ade sekor lembaga bewane hitam tepacak sambil tersenyum kehenseman (cam maliki yg prsan tueeee). -the end-
JANGAN MARAH,NI ADA CERITA SERAM TAPI COPY & PASTE LAH.KALAU TAK SERAM PUN, MINTA MAAF SAJALAH.SAYA DAH SEDAYA UPAYA BUAT YANG TERBAIK UNTUK SEMUA ORANG.BACALAH..
GIGIT
Cerita nie berlaku masa aku study di KUSZA. Masa tu aku tahun 1 so duduk dalam dorm lagi.
Gini masa tu musim final exam. Esoknya aku ada paper apa ntah lupa dah. Aku study atas katil. Kebetulan katil aku double decker dan aku duduk di bahagian atas. Atas kepala aku tu ada tingkap.
Tengah aku study aku tertidur dengan tingkap yang terbuka. Masa tu kawan2 yang lain pun tengah study jugakla. Kemudian aku tertidur.
Tepat jam 12 malam aku terjaga kerana terdengar satu suara memanggil namaku dalam keadaan berbisik dari arah tingkap di atas kepalaku. Aku pun terbangun dan tiba2 aje aku rasa seram dan bulu romaku telah naik. Aku pun terus menutup tingkap dan sambung tidur.Masa tu kawan2 lain ramai yang dah studo (study + tido).
Kemudian aku bermimpi yang aku digigit oleh lintah dan terasa sakit di bahagian kakiku. Oleh kerana terasa sakit dibahgian itu aku terjaga dan aku memang terasa sakit umpama kaki ku sedang digigit sesuatu. Lantas aku menarik kakiku. Jam pada waktu itu menunjukkan jam 3.00 pagi. Aku menyambung tidurku.
Keesokkannya seperti biasa aku mandi dan setelah bahagian kakiku terkena air terasa pedih umpama terkena gigitan sesuatu. Lalu aku memeriksa kakiku dan didapati terdapat darah yang mengalir. Setelah aku teliti di dapati umpama digigit oleh benda yang bertaring. Lalu aku teringat kejadian semalam.
Hingga sekarang dikakiku masih terdapat parut bekas gigitan yang dapat dilihat dengan jelas. Sehingga kini aku musykil adakah aku digigit binatang atau digigit benda yang tidak sepatutnya.