Cerita ni berlaku pada awal tahun 1997,masa tu hostel aku ni sibuk ngan cerita hantu Shakefeet..
Aku tak caya lak ngan cerita tu.Pada satu malam aku tidur..aku dikejutkan...Dalam sedar tak sedar aku tgk satu lembaga hitam+merah+hangit dok bercangkung kat kaki aku..Secara automatiknyer..Kaki aku tersentak sehingga aku rasa terkena sesuatu yg berat..sehingga member aku(katil atas) terasa katil tu bergegar...
Aku pun tak tahu apa yg aku tendang..tapi aku tgk benda tuh pendek jer...body dia tegap..jijik..memang jenis syaitan..ishkk..tak reti aku nak explain..
Entah kenapa kaki aku ni naik pulak..lepas tuh..takder yg kacau aku..aku rasa benda tuh nak tindih aku kot..korang kan pernah dengar pasal hantu tindih nih kan..tak sempat tuh!
Tapi aku ade jugak terasa sesuatu yg tak menyenangkan kekadang tuh...aku mesti takleh tidur..kalau tertidur..terjaga..cam sesuatu yg memberitahu aku..ada "benda" nak mengacau..tapi biasanya aku buat donno jer..
Kekadang aku terjaga terus bukak bunga..entah ..ape daa..cam atk betul aku jadinya..tapi aku rasa sesuatu nak kacau aku..lepas tuh aku tidur ngan lena..
Iskh...benda ape tu.....cuba kau gambarkan dengan lebih jelas lagi...pembaca lain nak tahu.Thanks anyway!
adehhhhhh..tension giler baca citer ko ni!! ayat berterabur la bai!! sumpah aku tak paham ending citer ko nie!!! kalo ble ko repeat la balik cite ko nie!!
MINTA MAAF SEMUA!!SAYA TERPAKSA COPY & PASTE SEMUA SEKALI TANPA MENGUBAH MANA-MANA CERITA KERANA CERITA NI BUKAN KEPUNYAAN SAYA.JADI, HARAP SEMUA PEMBACA DAPAT FAHAM.TAK FAHAM TAK APA.CERITA NI HANYA UNTUK ORANG YANG FAHAM SAJA.
UNTUK MEMUASKAN HATI SEMUA PEMBACA,SAYA LETAK LAGI SATU CERITA BARU!
*cerita ini merupakan kisah benar yang berlaku di Damansara
Peristiwa yang tak akan aku lupakan ialah semasa bekerja di sebuah syarikat pengiklanan swasta di Damansara Heights, Kuala Lumpur. Aku bekerja sebagai setiausaha kepada satu bos Mat Saleh dari New Zealand. Bos aku adalah seorang yang open minded, kuat bekerja dan bolehlah dikatakan tiap-tiap hari aku terpaksa balik lewat untuk menyiapkan tugasan yang berlambak-lambak. Paling lewat pun aku balik pukul 11.00 malam.
Besoknya seperti biasalah aku datang kerja. Sampai je kat ofis, bos interkom aku untuk masuk ke ofis dia. Dengan muka yang agak malas aku pun masuk dan mengucapkan "Good morning Sir".
"Morning, have a seat please," jawabnya dengan loghat pekatnya. Aku pun tanpa berlengah-lengah lagi pun memberitahunya serba sedikit jadualnya pada hari itu dan dia hanya mengangguk saja.
"Well, I hope you’re free today coz we’ve to stay back until late night again to finish this assignment. The client need it by tomorrow evening," katanya padaku dengan tegas.
Emmmm…. Macammana pun aku terpaksa buat jugak kerana takde sapa yang tau sangat pasal projek ni.
Aku dan bos sedaya upaya menyiapkan projek itu sehingga tak sedar jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Orang lain dah lamabalik dan tinggallah kami berdua kat ofis tu. Ruang pejabat kami agak luas dan dinding luarnya pula bercerminkan kaca di setiap pelusuk pejabat. Tengah bos aku berdiri di tepi tingkap untuk mencari failnya, tiba-tiba dia menjerit terperanjat sambil melihat ke arah luar tingkap.
"What’s that ugly thing doing there?" laungnya. Akupun berkejar kearahnya dan melihat apa yang ada di luar sana. Masya Allah, aku jadi terpegun melihat satu lembaga berambut panjang sedang merenung ke arah kami sambil mengilai-ngilai. Aku cuba bergerak tapi tak boleh, begitu juga bos aku. Lembaga itu menuju laju ke arah kami dengan muka yang sungguh menyeramkan dan tiba-tiba aku dapat satu kekuatan yang luar biasa lalu aku menarik bos aku menyorok di bawah meja. Kami mendengar bunyi asing yang amat menyeramkan sambil mengilai-ngilai. Aku lihat bos aku dah terkencing-kencing ketakutan dan mulutnya terus terkunci. Aku cuba melawan lembaga itu dengan surah kursi dan apa-apa lagi yang aku ingat. Lembaga seperti pontianak itu berterbangan di atas meja kami dan aku sempat melihat bajunya jarang berwarna hitam berbintik-bintik. Aku mengintai lagi dan melihat hantu itu cuba mencari kami tapi masih tak jumpa. Aku lihat semangat bos aku dah hilang dan mukanya dah terlampau pucat macam takde darah langsung.
Lebih kurang dalam 15 minit aku mengintai lagi ke atas meja. Aku tak nampak lembaga itu lagi lalu aku terus bangun untuk check kat mana dia pergi. Setelah semua ruang pejabat aku intai dan lembaga itu pun takde, aku terus pergi mendapatkan bos aku. Aku lihat bos aku dah pengsan, akupun call guard kat tingkat bawah dan suruh datang ke pejabat aku di tingkap enam. Sampai je pak guard aku pun ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Pak guard yang berumur itu suruh aku ambilkan segelas air dan dia membaca sedikit ayat Quran dan merenjiskan kat muka bos aku. Bos aku tersedar dan melihat aku dan pak guard ada kat sebelah dia. Tiba-tiba dia menjerit-jerit seperti terkena histeria dan mengatakan "It’s a ghost ! I saw a ghost just now." Kami cuba mententeramkan dia hingga semangatnya pulih balik. Kemudian aku hantar dia balik ke rumahnya dengan menaiki teksi.
Besoknya, bos aku datang dengan pakaian yang agak simple dan terus menuju ke meja aku. Beliau memberitahu aku bahawa projek yang tergendala semalam akan di K.I.V. pada minggu depan. So, aku tak payah le lagi menyiapkannya secepat mungkin. beliau membisikkan pada aku supaya tidak menceritakan kejadian semalam pada staff yang lain. Tiba-tiba kami terdengar ada orang menjerit, "Ooi, sapa buang air kecik kat tempat aku hah!" aku memandang bos aku sambil tersenyum dan beliau pun macam paham je dan terus blah pegi cuti dengan kawannya selama seminggu
REY,SAYA NASIHATKAN AWAK SUPAYA KAHWINLAH LEBIH AWAL UNTUK ELAKKAN PERKARA BURUK.SAYA NAMPAK AWAK MAKIN TERUK.SAYA TAHU AWAK BAIK TAPI CUBA KURANGKAN SEDIKIT CAKAP LUCAH TU.TERPULANG PADA AWAK UNTUK BUAT PILIHAN TAPI SAYA KESIANKAN AWAK DIHINA DAN DIMARAH.SAYA HARAP AWAK BERUBAH.
Sesungguhnya syaitan tugasnyer menyesatkan umat manusia bermula dari pertuturan perkataan sehinggalah dari perbuatan.... Saudara REY harap jagalah peradaban sebagai seorang muslim.... kita hidup sementara..maka gunalah peluang itu seadanya!!
aku nak komplen pasal....ko punyer komplen untuk citer yg pertama ko copy n paste....ko ni knaper....aku tau ko pompuan dari dulu....tapi ko nak bagi komplen....jgnla...sampai aku tersinggung....ko kater citer tu utk org yg paham ajer yg tak paham tak payah bacer...dan aku dapati....majoriti...pembacer kat c ni tak paham....aku pon tak paham...ko ingat aku bengap ker..?nak copy n paste pon carila citer yg....org tak bole nak marah....sebelum ni ko punye c.n.p bagus....kenaper tetiber jadik cenggini....
lastly aku nak cakap....kalau aku menyinggung perasaan ko aku minta maap....k....slmt ari rayer
khas buat klon....ape yg saye lihat drpd reply kengkawan lain amat lah membina dan amat juga menghina,tp jangan la mudah tersinggung atau jangan cepat bangga...bia ler mantain ok
assalamualaikum saudari KLON.. ape yang di luahkan oleh saudara bacang dan sahabat2 pembaca semua adalah betul. Jika hajat saudari untuk menyampaikan kreativiti saudari tak salah apatah lagi jikalau memberi komen TETAPI biarlah menjaga adab dan tatasulsila sebagai seorang remaja wanita yang berilmu. Andaikata Saudari nak copy n paste adalah lebih baik kan membuka kolum baru...tak susah kan! Selain itu owner kolum pun tak marah kan.. secara kebetulan kita dapat mengelak krisis antara pembaca semua. Memang tak salah jikalau saudari KLON nak cerita didalam kolum lain tapi hormatilah HAK dan HASIL dari insan lain.. Fikir sejenak adakah empunye kolum mengizinkan saudari berbuat demikian? Malah ruangan TOPIK BARU dengan REPLY telah di di sediakan untuk kemudahan saudari dan pembaca lain kan... mudah.. senang... dan simple je!! Jikalau replied saya membuat hati saudari terguris mintak maaf sepuluh jari di susun...assalamualaikum!!
.........hhhhmmmmmmmmmmm......celita u yang ke2 okkkkkkkk...but ur first story, i can described maybe HELLBOY!!! mungkin dier mimpi kot.............takpun dier mengigau kot.......try again baby,other people x understoood but i can imagine it....