Citer ni member aku yg citer pasal dia yg nampak.Kejadian ni berlaku kat sekolah dia masa tahun lepas(1998).
Masa tu hari sukan kat sekolah dia.So budak-budak sekolah diorang yg tak amik bahagian amik kesempatan la.Dating la,borak-borak la,lepak-lepak la.Masing-masing dengan aktiviti sendiri.Member aku pun tak amik bahagian.Jadi dia lepak la ngan kawan dia nak buat dajal kat kelas lain.Lepas aktiviti men"dajal" kelas org,diorang lepak kelas sendiri.
Masa tu member dia yg lain tengah duduk berkumpul. Rupanya diorang tengah main "Spirit of the Coin".Benda ni lebih kurang sangat macam permainan papan Ouija.Member aku tengok je la pasal dia ni jenis yg suka memain.Nak main benda katanya kena ada konsentrasi yg kuat.Yg jadi ketua main benda ni mula la buat dia punya ritual(ntah la,aku pon tak tau camna dia ponya ritual).Bila dah buat,dia pon seru,"Heii spirit of the coin,come play with us,bla bla bla......."Pastu rasa cam angin datang.Ketua dia pon tanya la"Berapakah umur awak?".Syiling yang diorang pegang tu mula bergerak.133 umur spirit tu.Ketua tu tanya lagi"Datang dari mana?".Syiling tu gerak.Asal dari Siam.Tanya punya tanya,ketua dia tanya la satu soalan.Dia tanya "Awak ni iblis ke jin?".syiling tu bergerak ke "No".
Diorang yg tengah main tu nampak la ketua diorang berbuih mulut.Diorang gelak.Ingat dia buat lawak.Pastu dia mula menggeletar.Lagi diorang gelak.Member dia cakap "Ko nak buat lawak ke?".Pastu bila diorang tengok mata dia,masing-masing dah kecut.mata dia dah merah.Pastu dia tolak semua orang.Dia menjerit macam org dah hilang akal.Dia attack semua org.
Pastu ada sorang ni panggil ustaz.Ustaz tu dtg nak tangkap la budak tu. budak tu merapu macam-macam.Budak tu kata kat ustaz tu babi la, bangang la,bodoh la,sampai meludah-meludah tu.Budak tu cakap"Aku nak main lagi!!!Aku nak main lagi!!".Ustaz ngan baper org yg lain bawak gi surau nak pulihkan budak tu.Diorang tak dapat nak pulihkan dia.Takde cara yg lain,diorang bawak dia ke Darussyifa.
Budak tu tinggal kat Darussyifa lama gak.Dalam seminggu.Mak budak tu kata,rupanya dia kena rasuk pasal dia la yg paling kosentret sekali masa main permainan maut tu.Katanya,yg rasuk tu jin degil.Memang kuat la jin tu pasal jin tu bomoh Siam yg punya.So pembaca yg baru nak cuba-cuba main benda ni,toksah la.Memudaratkan lagi mensyirikkan.
Aku sokong ngko seratus persen...benda camni memang merbahaya...macam papan Ouija gak...(rujuk citer "Ouija Board")