Pengalaman seram ini adalan cerita yang pernah aku dengar dari kawan-kawanku. Aku tidak pasti kebenarannya. Walau bagaimanapun biarlah ianya menjadi tatapan umum sebagai panduan dan teladan.
Ali (bukan nama sebenar) sedang dalam perjalanan pulang kekampung untuk bercuti hari raya di Kelantan. Sewaktu melalui jalan sunyi dikawasan Endau-Rompin, Ali teringat akan kisah-kisah yang pernah didengar. Bulu romanya meremang. Lekas-lekas dia menaikkan tingkap keretanya dan memasang radio kuat-kuat. Tiba-tiba melintas seekor binatang dihadapan keretanya. Dengan segera dia menekan brek tetapi tidak sempat. Dia telah terlanggar seekor tenggiling. Ali menyumpah kerana dia baru sahaja membeli kereta barunya minggu lepas. Belum pun sempat nak tayang dekat orang dikampung dah bercalar. Dia segera keluar dan memeriksa kesan dikeretanya. Memang ada kesan calar dan kemik. Ali bertambah berang. Dia menyepak-nyepak tenggiling yang masih mengelupur sambil menyumpah-nyumpah. Tiba-tiba lalu seseorang dengan berbasikal. Orang tua itu cuma memandang tegak kehadapan tanpa menoleh. Ali yang sedang marah terus merungut-rungut sendirian. Katanya orang-orang kampung dikawasan itu sombong. Langsung tidak mahu menoleh atau menegur. Katanya lagi, itu baru dapat basikal buruk, belum lagi kereta baru seperti dia. Kalau dah dapat kereta, agaknya orang tua tu main langgar je sesiapa yang dia nampak. Begitu rungutan Ali yang baur riak.
Ali meneruskan perjalanan. Apabila dia hendak memintas orang tua yang berbasikal tadi, dengan sengaja dia menekan clutch dan minyak supaya bunyi keretanya bertambah kuat dan sambil itu dia membunyikan air-horn yang baru dipasangnya semalam. Dia ketawa kecil sendirian sambil berkata dalam hatinya, "Padan muka kau. Lain kali sombong kat aku lagi..". Apabila dia melihat cermin pandang-belakang, kelibat orang itu tidak kelihatan. Mungkin dia dah tersungkur dan mengelupur macam tenggiling tadi, bisik hati Ali sambil tersenyum puas.
Ali terus membelah malam melalui jalan sunyi yang memang terkenal dengan berbagai cerita seram. Keadaan jalan yang penuh dengan selekoh membuat Ali tidak dapat hendak memecut keretanya lebih dari 90 km sejam. Perasaan marahnya tadi telah menghilangkan rasa takutnya. Dia menurunkan tingkap untuk menyedut udara malam yang segar sambil mendengar radio dengan kuatnya. Tiba-tiba siaran radio terhenti. Suasana menjadi sunyi. Ali bersungut, "Boring betul lalu kat kawasan hutan ni, siaran radio pun tak dapat. Patut la orang-orang kawasan ni tak pandai bergaul". Suasana sunyi membuatkan Ali merasa mengantuk. Tiba-tiba matanya menjadi segar apabila melihat orang tua berbasikal tadi berdiri dibahu jalan sambil tersenyum apabila kereta Ali melintas dihadapannya. Ali gugup seketika. Dia membuat andaian, mungkin itu cuma mainan perasaan. Dia melihat cermin pandang-belakang. Orang tua tadi tidak kelihatan. Hatinya lega. Tidak lama kemudian dia menjadi berdebar-debar semula apabila terdengar seperti suara orang berbual betul-betul disebelah kanannya. Cepat-cepat dia menaikkan tingkap. Tetapi suara tadi masih jelas kedengaran. Sesekali dia terdengar seperti suara itu memanggil-manggil namanya mendayu-dayu. Denyutan jantungnya semakin laju dan begitu juga dengan kereta yang dipandunya. Kalau boleh dia ingin segera sampai ke pekan yang terdekat. Tiba-tiba dihadapannya berdiri orang tua tadi bersama basikalnya. Ali sempat melihat yang orang tua tadi tidak mempunyai kaki. Dia seolah-olah terapung ditengah-tengah jalan sambil tersengih. Suara hilaian memekakkan telinganya. Ali sudah tidak dapat mengawal keretanya lalu terbabas. Keretanya menjunam kedalam gaung. Menurut cerita, sewaktu orang ramai termasuk orang-orang kampung datang hendak memberi bantuan, mereka tidak dapat hendak berbuat apa-apa kerana Ali tersepit bibawah keretanya yang terbalik. Keempat-empat tayar keretanya keatas dan Ali tersepit dibawahnya. Dia cuma menggelupur menahan sakit sambil merayu-rayu lemah meminta pertolongan.
Menurut cerita orang-orang kampung, memang sering terjadi kemalangan dikawasan itu dan mereka tidak merasa pelik kerana jalan disitu memang penuh dengan selekoh, gelap dan sunyi. Mungkin ia membuat pemandu memandu laju kerana suasana sunyi dan menyeramkan.
Dari cerita diatas dapatlah aku membuat andaian bahwa kita jangan bersikap zalim terhadap sesama makhluk Allah dan jangan takbur. Kita juga harus sentiasa berhati-hati apabila memandu dikawasan yang kita tidak biasa melaluinya. Dan jangan sekali-kali memandu diwaktu malam sendirian terutamanya jika kita akan melalui jalan sunyi yang penuh dengan bahaya.
Betol cakap mira tu....citer ni mmg syok abis....tapi jadik sakit ati biler bacer komen maliki.... tol tak mira...aper2 pon nice try.try again.for mira...e-mella sayer...are_peaze19@yahoo.com