Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pengalaman aku.........
leesidarahapi

Date:
Pengalaman aku.........
Permalink Closed


Aku sebenarnya amat meminati berkenaan alam misteri ni hinggakan kekadang aku sanggup melakukan perkara2 yang boleh membuatkan aku terjebak dalam kancah TAHYUL DAN KHURAFAT ( minta sangat dilindungi oleh Yang Maha Kuasa ).Aku ingin menceritakan pengalaman aku menunggu penunnggu pokok Ru (  pokok yg ada dalam iklan  rokok Salem tu ). Aku dan sepupuku telah melilit putik buah pokok Ru itu dengan tiga jenis benang  yang disimpul ala kadar  sekadar syarat untuk memaksa penunggu pokok Ru itu keluar dan meminta dilepaskan anaknya ( putik tu ibarat anak dia la ) dan sanggup menunaikan apa sahaja permintaan aku.Namun syarat2 yang perlu dipatuhi dalam proses ini mengkehendaki si pelaku mesti mendiamkan diri sehingga penunggu itu keluar.Tapi yang meletihkan aku,sepupu aku tadi dengan bangga diri mengajak aku berbual2 dan berzikir pula tu!Aku tak kisah dia hendak berzikir,memang perkara yang amat dituntut tetapi bukan saat dan ketikanya kerana aku ketika itu aku sedang melakukan kajian benarkah perkara ini berlaku dari segi logik akal dan aku memerlukan penunggu itu hadir demi melengkapkan kajian aku mengenai mengapa ramai orang Melayu gemar sangat melakukan proses2 pemujaan demi hanya untuk mendapatkan nombor ekor! ( bodoh beserta bangang ).Sebab itulah aku sanggup melakukan ritual ini demi mencari kebenaran disamping menguatkan lagi keyakinanku pda Pencipta ku ( Amin.... ).Berbalik pada cerita tadi,apabila syarat2 itu dilanggar maka melepas la peluang aku untuk bertemu dengan penunggu dan sekaligus terbantut la kajian aku.Apa yang dapat kurasakan hanyalah kehadiran penunggu itu tanpa kulihat wajahnya,yang dapat kurasakan hanyalah suatu hawa dingin/ sejuk yang tak pernah kurasakan selama ini ( hawanya tidak seperti selepas waktu hujan ataupun hawa penyaman udara,itulah tanda kehadirannya,aku yakin).Aku sangkakan selepas kegagalan ritual itu maka habislah perkara itu,tetapi rupa2nya penunggu itu marah dengan perbuatanku dan sebulan selepas aku melakukan ritual itu,aku telah diganggu.... ( Bersambung....)


*Jangan ada diantara kalian yang tersalah anggap pada cerita aku ini.Telah kunyatakan tujuan aku melakukan perkara ini hanyalah untuk mencari kebenaran disamping mendedahkan kalian semua mengenai kegilaan orang Melayu dari dulu hingga kini  dan semoga keimananku pada Allah semakin kukuh..)Tunggu sambungan yang akan datang bila aku diganggu penunggu pokok Ru.....



__________________
maliki

Date:
Permalink Closed

kalo aku jadi penunggu tu...lebih baik aku tido kat umah!!!

__________________
ima

Date:
Permalink Closed

tul tu maliki ................. malas layan bebudak cam ni

__________________
leesidarahapi

Date:
Permalink Closed

Alahai maliki kawanku...alahai Ima sayangku...Sungguh apa yang aku ceritakan itu benar tapi sabarlah sebab aku perlukan masa untuk menyudahkan cerita aku ini.Bolehkan maliki....bolehkan Ima...bolehkan sayang ( utk Ima bukan malik!i )

__________________
maliki

Date:
Permalink Closed

aku dah tau dah ending nyee.....kalo ima nak tau ending citer last skali penunggu tu mati terkejut sakit jantung nengok muka si leesi ni, maklum la lagi ngeri dah dasatttttttt muahaah

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard