satu malam tu, adala sorang mamat sedang menunggu durian yang jatoh dipondok burok, tunggu punya tunggu maka ternampak lah dia sesuatu benda terbang lalu meminum air yang terdapat dilopak yg berhampiran, dibiarkan saja ia berlalu kerana dia bersaorangan .
Keesokan harinya, diceritakan olehnya hadapan rakan-rakannya, ada lah pulak seorang tua tlah memarahinya dengan berkata bodoh punya budak, kenapa tak ambil paku lalu cucok pasti ia akan bertukar menjadi wanita yang cantik dan kau bolehlah mengawininya, lalu diberinya paku sepanjang 7inchi kepadanya.
Keesokan malam hari ditunggunya lagi, maka terjadilah apa yang disangkanya, pontianak itu pun turun lagi utk minum air dilopak tersebut, dengan segera pemuda tu berlari lalu mencucok paku di dibelakangnya, pontianak itu terbang dengan suara yang agak kesakitan tambah menyeramkan. terpinga-pinga pemuda tersebut.
Maka keesokan hari, dia memarahi orang tua tu , lantas dia dimarahi balik oleh orang tua tu kerana pemuda tu tersalah cucok paku ( yg sepatutnya betul-betul cucok dikepala pontianak itu tapi pemuda tu cucok ditengkok haaa meraungla ia)
Lalu ditunggunya lagi, berharap malam ni berhasillah usahanya itu, tapi agak sekian lama ditunggunya (agaknya pontianak tu lambat pasal nak cabut paku tulah kot ) maka datanglah pontianak itu , dengan gairah dan berani diajukan paku tu dikepala pontianak tu. TAPI tak disangka, pemuda tu tergaman dan lari lintang pukang, lalu pontianak tu pun terbang dengan senang hati & ketawa mengilai-ngilai. keesokan harinya, pemuda tu mengeloh kerana tak dapat mencucok paku dikepala pontianak itu dan harapannya untuk kawin ngan pontianak musnah, hampeh & buang karan jer, sebab PONTIANAK TU PAKAI HELMET ..........
Rasa aku la,pontianak itu adalah bohsia yang telah mati eksiden sambil memakai topi keledar kepunyaan atuk dia.Bohsia yang dah jadi pontianak itu suka minum air itu adalah kerana dia haus setelah penat terbang sambil merempit.Pemuda itu pula gagal untuk menikam paku pada tengkuk pontianak itu adalah kerana masa itu waktu malam dan adalah bohong serta mustahilnya dia dapat menikam dengan tepat walaupun dia mencuba sebanyak mana yang dia mampu sebab dia tak bawa bawa lampu suluh!PEMUDA ITU JUGA GAGAL UNTUK BERKAHWIN DENGAN PONTIANAK ITU ADALAH KERANA DIA ADALAH HANTU PENANGGAL,MANA BOLEH HANTU PENANGGAL KAHWIN DENGAN PONTIANAK SEBAB KALAU DIA HANTU DAPAT ANAK,ANAK ITU AKAN BERNAMA HANTU PONGGAL....TAK SESUAIIIIIIIII !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!:biggrin:
Sape kata.Lagi satu kalau mamat tu hantu penangal dah tentu orang tua tak nak cakap dengan dia.Sekarang zaman moden,kalau kau cakap mamat tu hantu penangal,entah-entah dia ubah selera ke..amacam.Mintak maap atas kesilapan teknikal tertinggal banyak ruang.Assalamualaikum....
Takpe Ima,nanti kita sapukan racun parakuat kat seluruh tubuh maliki terutama yang tergatal tu supaya maliki tak gatal lagi.Semua kita lakukan ini untuk mengembirakan hati Ima.....