Hallo,aku kat sini nak cite hantu pengalaman aku la......
Pada satu hari tu,aku,2 orang kwan aku ,buyi dan moje baru balik berbuka pose dari kedai mamak.Sampai simpang tiga dekat sekolah aku,aku dan geng aku terdengar bunyi ngilaian yang agak meremangkan bulu roma aku.mula2nya kawan aku, buyi dia tak percaya,pastu ngilaian sebanyak 3 kali telah memastikan dia.tanpa melengahkan masa kami bertiga membawa basikal yang dipandu dengan laju terus balik rumah.aku lah yang malang,rumah aku lah paling jauh.sampai je rumah terus masuk ke dalam rumah dan masuk ke dalam bilik dan terus tidur.esoknya aku dan buyi dan moje mari ke tempat kejadian .masa mendengar bunyi hantu tu,buyi dengar bunyi tu dari belakangnya,aku dengar dari hutan yang ade seberang jalan tu,moje dengar dekat hujung jalan simpang tu.meremang sekali bulu roma aku walaupun siang. aku bertanya kepada pak aku,dia kata kat tempat tu dulu ade sorang pompuan linkungan umur 15-17 thn mati dirogol dan dibunuh.bapak aku kata lagi masa selepas maghrib,bende tu dia mari dan mengacau.tapi yang aku pelik masa bulan pose,selalunya setan ngan ji semua dah kena tambat dalam neraka tapi kenapa masih ade bende tu masa bulan ramahdan.hanya Allah saja yang tahu apakah akan terjadi kemudian wassalam.